Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM BAGI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 2024 MASEHI / 1446 HIJRAH

​Ahad, 05 Rabiulawal 1446H | 08 September 2024M 

Bandar Seri Begawan 


Bagi menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini meneruskan Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1446 Hijrah di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar. 

Rombongan Kementerian Pembangunan seramai 50 orang diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan selaku Tetamu Kehormat Majlis. 

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Dikir Syarafil ‘Anam. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sembahyang fardhu Isya’ berjemaah dan Dikir Qiam. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Muhammad Helmy Bin Haji Jamil, Imam Tingkat 3, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan berserta pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. 

Majlis seumpamanya ini diadakan bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan memupuk lagi rasa cinta kepada Baginda. 

Rombongan Kementerian Pembangunan akan meneruskan majlis tersebut ke Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, pada hari Khamis, 08 Rabiulawal 1446 bersamaan 12 September 2024

WhatsApp Image 2024-09-09 at 10.34.13 AM.jpegWhatsApp Image 2024-09-09 at 10.34.11 AM.jpeg

Attachments